
setelah hampir 3 tahun aku hidup berseorangan bersama yg Yang Maha Esa. ibubapaku telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. aku adalah satusatunya anak meraka. Nureen Amelia adalah nama aku.
Kini aku berusia 20 tahun, seorang penuntut di MSU dalam bidang Civil Engineering.
tahun ketiga aku melangkah kaki ke tempat yang sama.
Perpustakaan akan menjadi tempat untuk aku berehat dan menenangkan fikiran. Saat aku sedang membuat ulang kaji , mata aku meliar bagaikan mencari sesuatu & aku terpaku pada seorang lelaki yg duduk jauh di sudut perpustakaan itu. tanpa ku sedari , lelaki tu memandang tepat padaku. jantungku bagaikan ingin meletup kerana tidak mampu lagi untuk dengup dengan lebih pantas. lelaki itu bangun dan berjalan ke arah ku. berpinar. bagaikan ingin rebah ke bumi. pengenalannya di sambut dengan 1001 perasaan.
lelaki itu , dikenali sebagai qaisy. berusia 21 tahun dan kini Qaisy adalah pelajar tahun 4 dalam bidang science engineering. pengenalan itu telah merubah hidupku . kini , hari hari ku dipenuhi dengan gelak tawa . aku di manjakan seperti anak kecil . bagiku , aku hanya ada dia di dalam hidup ini yang mampu membuatku gembira . hampir setiap malam kami keluar , makan bersama & berjalan . adakalanya kami akan belajar bersama .
tanpa ku sedari , pengenalan ini telah menimbulkan bibit bibit cinta di dalam jiwa ini . namun aku telalu takut untuk meluahkannya kerana tidak ingin dikecewakan lagi . malam sabtu , kini aku sedang berada di depan cermin, bersiap untuk keluar bersamanya . qaisy tidak mahu memberitahu tempat yang kami ingin tuju . aku hanya sekadar mengikut kata-katanya.
mataku ditutup rapat dengan sehelai kain satin bewarna merah hati dan tanganku dipimpin ke tempat yang berbeza suhunya . alangkah terkejutnya apabila aku ternampak lilin merah bersama teddy bear yg memegang kotak cincin di hadapanku . qaisy melutut dan melamarku . alangkah bahagianya hidup ini ! TERIMA KASIH YA ALLAH ! qaisy menyarungkan cincin itu pada jari manisku. indah rasanya.
setelah sekian lama aku menjadi hakmiliknya . kini kami merancang untuk mendirikan masjid yg indah .
namun beberapa hari sebelum hari pertunangan kami , qaisy memberitahu bahawa dia terpaksa keluar kota untuk menyiapkan tugasannya. berat hatiku untuk melepaskan bakal tunangku namun demi masa depannya , aku merelakan.
qaisy tepaksa pergi ke suatu tempat pendalaman di afrika. hampir tiga bulan aku menunggunya namun tiada satu berita pun yang ku terima . namun aku masih setia menunggu qaisy untuk pulang ke tanah air dan akhirnya melangsungkan pertunangan kami.
ketika ku bejalan menuju di kampus , pensyarah ku , encik ilham telah memberi satu surat kepada ku & beliau meminta aku untuk bersabar. jantungku berdegup kencang & aku terus membuka & membaca surat itu.
badanku rebah ke bumi. pandanganku menjadi kabur. badanku menjadi sejuk. air mataku mengalir tanpa dipinta & hujan mula membasahi diriku tanpa belas kasihan. andai sahaja aku melarang qaisy untuk pergi , pasti semua perkara ini tidak akan berlaku. kertas kiriman qaisy ku genggam erat. air mataku semakin deras apabila tekenangkan pelukan teakhir aku dan dia.
qaisy , dulu kau milikku tp kini kau telah kembali ke tempat asalmu . maafkan aku kerana tidak menghalangmu . maafkan aku kerana aku tidak lagi mampu untuk menjagamu . maafkan aku kerana aku tidak dapat mengotakan segala janjijanji yg aku taburkan padamu suatu ketika dahulu . maafkan aku qaisy !
pemergianmu diiringi dengan ayat suci surah Al-Fatihah & doa agar kau ditempatkan di tempat orangorang yg beriman. mungkin pertemuan kita hanya dalam sekelip mata namun aku tetap akan simpan segala kenangan kita di dalam sanubari ini. qaisy, izinkan aku untuk menyayangi dirimu buat selama-lamanya. . . . .
hasil nukilan,
sofieyyeaphillips
No comments:
Post a Comment